Sabtu, 2009 November 28
Salam Aidiladha
Dicatat oleh ida_nardiel di Sabtu, November 28, 2009 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Isnin, 2009 November 16
Seventeen And Missing

salam
saya baru habis menonton sebuah filem tahun 2006 bertajuk Seventeen And Missing. Mengsiahkan anak gadisnya bernama Lori hilang dan ibunya, Emilie percaya yang anak gadisnya telah diculik pada malam pesta di rumah kawannya. Emilie terkejut apabila dia mampu melihat apa yang berlaku pada Lori bila dia menyentuh orang - orang yang berhampiran dnegan anaknya pada malam itu. jadi bermula dari situ Emilie dan suaminya mula menjejak kehilangan Lori bersama kuasa yang dimilikinya. Dia hampir menemui Lori dengan bantuan seorang lelaki yang menaruh hati pada anak gadisnya tetapi lelaki itu telah mati akibat kemalangan jalan raya
Dicatat oleh ida_nardiel di Isnin, November 16, 2009 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Bercuti ke Langkawi


salam,
Pada tahun ini nampak gayanya dua kalilah saya akan ke Pulau langkawi. pada 18 hingga 20 november saya akan mengikut rombongan pendidikan khas sekolah akan mengadakan lawatan ke Pualu lagenda itu. Pada hujung disember nanti, saya dan keluarga akan ke Pulau Langkawi. saya taklah berbelanja sakan untuk membeli persiapan untuk berjalan. Saya sekadar membeli sepasang blaus untuk dijadikan baju sejuk dan sepasang sandal. Kedua - duanya bewarna coklat garang
Dicatat oleh ida_nardiel di Isnin, November 16, 2009 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Ahad, 2009 November 15
Backstreet Boys
Semalam dalam kereta, aku bosan - bosan aku capai akhbar The Star milik ayah aku. Aku carilah artikel - artikel yang best. Kemudian aku selak ke bahagian artis dan hiburan. Mata aku terpandang satu cover album kumpulan luar yang dah lama aku tak tengok iaitu Backstreet Boys.Satu kumpulan yang menjadi kegilaan satu remaja di seluruh dunia tidak lama dulu. seingat aku, aku mula kenal kumpulan ternama ini masa usia aku lima belas tahun di kelas pendidikan Seni. Masa pelajar - pelajar lain sibuk melukis dan mewarna, guru seni aku sibuk memeriksa buku drwawing pelajar - pelajar. Tiba - tiba aku terdengar dia bising seakan marahkan sesuatu. Semua mata pelajar tertoleh ke arah dia. Guru seni aku menayangkan belakang buku drwawing milik seorang pelajar perempuan ke seluruh kelas. Aku pun baca perlahan, I LOVE BACKSTREET BOYS. Beberapa orang pelajar tegelak suka. Pada aku itu perkara biasa. Semua pelajar atau remaja memang tergila - gilakan kumpulan itu. Tiba - tiba guru seni berkata kepada pemilik buku lukisan itu, " Kan bagus kalau kau tulis I LOVE ART atau SAYA SUKA PENDIDIKAN SENI"
Aku tergelak dalam hati. Guru seni aku ni muka je serius tapi kalau becakap memang macam berlawak.
Aku pun pandang cover album Backstreet Boys yang terbaru ni. Kenapa ada empat orang? Bukanke ada lima orang? Aku menyebut nama seorang demi seorang Nick, Brian, Howie D, jay lagi seorang siapa yek? yaaa Kevin....dah tak join kumpulan BSB lagi ke?
Dicatat oleh ida_nardiel di Ahad, November 15, 2009 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Isnin, 2009 Oktober 19
Puisi yang tak siap
Sakit!
sakit sangat!
Orang hanya tahu berkata
sabar!
sabar sajalah!
Mana mereka tahu tentang aku
tentang diri aku
Yang sedang kesakitan
Merintih hiba
Arggggg!
Apa mereka tahu?
Kalau mereka ditempat aku
Apa mereka rasa?
Masih mahu bersabar lagi
Kalau hati selalu disakiti?
Arggg apa seterusnya? puisi yang tak siap....
Dicatat oleh ida_nardiel di Isnin, Oktober 19, 2009 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Sabtu, 2009 Oktober 17
My Lovely Family
Dicatat oleh ida_nardiel di Sabtu, Oktober 17, 2009 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Alahai sabar sajalah
salam
Ini adalahs atu kisah. Ada satu hari aku bangun pagi, bila mata ku buka seperti berat dan telingaku seperti berair. Aku bangun lalu menghadap cermin. Ku lihat mataku semakin kecil seperti garisan. alamak, mata aku bengkak! macam mana nak pergi kerja ni? Semalam mata aku bengkak juga tapi taklah seteruk ini. Manakala dalam telinga aku pula berair kekuningan. Aku semakin panik. Alamak, macam mana ni? Tabiat aku hari - hari suka mengorek telinga. Aku keluar dari bilik ketuk pintu bilik emka aku. Aku suruh dia melihat muka aku yang juga bengkak kemudian aku tunjuk telinga yang berair. Aduhai, aku semakin bimbang. Emak menyuruh aku ke klinik sahaja.
Aku terus bersiap - siap terus ke Poliklinik Umbai. Aku dagtar dan mendapat nombor giliran. heheheh aku orang pertama jumpa M.A. Selepas melakukan pemeriksaan M.A terus suruh aku ke Hospital Besar Melaka jumpa pakar telinga.
Aku terus balik ke rumah ajak emka aku teman aku ke hospital. Satu perkara aku akan angin kalau ke Hospital besar Melaka, parkir kereta mesti penuh. Nak tak nak terpaksalah parkir kereta di bawah. Kalau kena saman, jagalah. Tahulah aku nak buat apa! BUkan suka - suka parkir di tempat yang tak sepatutnya tapi kawasan parkir di kawasan hospital dah penuh!Terpaksalah aku dan emak aku mendaki bukit yang tidak setinggi mana dalam keadaan panas terik.
Aku bersyukur Klinik pakar telinga tidak ramai orang dan aku bernasib baik sebab aku tidak menunggu lama selepas membuat pendaftaran.masuk sahaja ke dalam bilik pakar, aku sedikit terkejut sebab ramai doktor pelatih dari Kolej Manipal. Yang duduk tu pasti pakar telinga.Sebelum tu seorang pelatih perempuan berbangsa India mengambil laporan. kemudian aku dipanggil menghadap Doktor pakar yang berbangsa India yang tidak tahu berbahasa Melayu. Pelatih perempuan menerangkan kepada pakar tentang sakit yang aku alami.kemudian Doktor pakar memeriksa lubang telinga aku kedua - dua belah telinga. Di telinga kiri, doktor pakar memanggil pelatih - pelatihnya menunjukkan sesuatu yang berlaku di telinga kiri aku. Seorang demi seorang melihat menerusi alat teropong yang kecil. Doktor pakar menjelaskan bahawa kedua - dua telinga aku tiada masalah mungkin air yang keluar dari telinga aku kesan dari pengambilan ubat atau suplemen yang aku ambil kemudian telinga kiri aku mengalami sedikit luka dan meminta aku menggorek telinga dengan perlahan - lahan. Kemudian aku bertanyakan mata aku kenapa bengkak yang teramat sangat. Doktor pakar mengatakan mata aku yang bengkak tiada kena mengena dengan masalah telinga yang berair. Aku mula risau.Doktor akan menulis surat dan laporan untuk dipanjangkan ke pakar mata pula.
Aku dan emak begegas ke klinik mata pada hari yang sama juga. Tiba ke kaunter aku terus diminta masuk ke bilik pakar mata. Sebelum aku ada sorang pesakit manakala doktor mata sedang memeriksa mata seorang budak yang berusia anggaran 8-9 thn. tangan dan kaki budak itu berbalut dan dibantu oleh beberapa orang Jururawat.
aku hanya melihat dan mendengar
" Adik ada sakit asma tak?" tanya Doktor wanita
Budak lelaki itu menggeleng kepala, " tak ada. cuma ada semput je"
Doktor Wanita itu terhenti memeriksa kemudian tergelak perlahan bersama - sama Jururawat.
" Adik ada sakit lain tak?"
Budak itu menggelengkan kepala.
" Emak adik ada sakit apa - apa tak"
" saya tak panggil emak. saya panggil ibu"
Doktor wanita itu terdiam seketika sambil menggeleng - gelengkan kepala.Doktor tersebut terus meminta seorang Jururawat mencari emak budak itu
Aku yang melihat hanya berkata di dalam hati, sabar jelah.....mengenai mata aku pula, selepas diperiksa, mata aku mengalami alergik. Aku baru teringat aku memakai eye shadow dari sebuah jenama yang dipercayai. Mungkin aku tak sesuai dengan jenama alat solek itu.
Dicatat oleh ida_nardiel di Sabtu, Oktober 17, 2009 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Khamis, 2009 Oktober 08
Prinsip
Biar orang taknak tolong kita janji kita tolong orang dan ALLAH tetap akan tolong orang yang menolong orang
Dicatat oleh ida_nardiel di Khamis, Oktober 08, 2009 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Rabu, 2009 Oktober 07
Malam Yang Panjang
Mata masih belum mahu tidur
Sudah hilang mata kelat
Mata seperti ingin berbicara
Mengungkap rahsia yang tersimpan
Ku melihat wajah di cermin
Bersama malam ditiup sang bayu
Ku Mleihat mata masih mahu berjaga
Mata yang sayu
Mata yang sedih
Seperti sudah bosan menangis
Menitip malam yang panjang
Mahu menghilangkan duka
Membilang bintang dilangit
Memberi senyuman pada bulan
Duhai mata, tidurlah
Meskipun malam masih panjang
Ku ingin dibuai mimpi yang indah
Membuang segala kepahitan
Mencari ketenagan dalam tidur
Cepatlah tiba hari esok
Mahu membina hari yang indah
Dicatat oleh ida_nardiel di Rabu, Oktober 07, 2009 0 ulasan Pautan pada catatan ini





